Monday 12 April 2021

Ratusan penumpang LRT terkandas

 KUALA LUMPUR: Ratusan penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terperangkap selepas beberapa tren LRT terkandas akibat kejadian pokok tumbang membabitkan tren Laluan Ampang - Sri Petaling, petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan perjalanan tren daripada kedua-dua arah terpaksa dihentikan untuk keselamatan dan kerja-kerja menyelamat serta pembersihan.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan kejadian ribut menyebabkan tidak kurang daripada 13 pokok tumbang dan menimpa trek LRT sekitar Stesen Maluri, Pandan Jaya, Chan Sow Lin dan Cheras.

"Gangguan perkhidmatan mula berlaku sekitar jam 6.39 petang menyebabkan beberapa tren terkandas di atas trek sekali gus memerlukan kerja-kerja mengeluar dan menyelamatkan penumpang.


Dalam kes berasingan, sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar dari landasan di KM421.168 berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini, petang tadi.

Kejadian mengakibatkan perkhidmatan komuter mengalami kelewatan bagi perjalanan dari Stesen Batu Caves menuju ke Stesen Sungai Gadut dan sebaliknya.

Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha, berkata tiada kemalangan jiwa membabitkan kakitangan mahupun orang awam.

"Roda koc terakhir dan koc kedua terakhir tren terbabit terkeluar dari landasan, menyebabkan laluan tren untuk komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terhalang sepenuhnya.

"Perkhidmatan KTM Komuter dan ETS laluan Gemas ke Padang Besar dan sebaliknya yang melalui laluan tersebut akan mengalami kelewatan ekoran insiden itu," katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan tren komuter dari Sungai Gadut - Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Kajang manakala tren dari Stesen Batu Caves akan ditamatkan di Stesen Bangi. Tren ETS akan ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan dipindahkan menaiki bas ke Stesen KL Sentral.

Bagi pengguna KTM Komuter, KTMB menyediakan bas-bas perantara kepada penumpang terbabit dari Stesen Kajang ke Stesen Bangi dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Siasatan insiden itu juga akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu," katanya.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

 


LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Brighton 0 Everton 0

West Brom 3 (Pereira 32-pen, Phillips 35, Robinson 69) Southampton 0


Ratusan penumpang LRT terkandas

  KUALA LUMPUR: Ratusan penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terperangkap selepas beberapa tren LRT terkandas akibat kejadian pokok tu...